-,-
Thursday, 20 December 2012 | 22:02 | 0 comments
Assalammualaikum :)Sudah lama Izzati tidak mengemas kini blog ini kerana kesibukan yang melanda. *malas sebenarnya.
Sedar tidak sedar cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Mr. Holiday sudah bersedia melabuhkan tirai dan memberi kita fasa baru dalam kehidupan. Baru-baru ini keputusan PMR sudah keluar. Sekalung tahniah diucapkan kepada sesiapa yang berjaya mendapat keputusan yang membanggakan. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa! Kehidupan perlu diteruskan. Tiada istilah gagal selagi kita masih bernafas ! Usaha lagi untuk SPM. Anggaplah kegagalan ini sebagai batu loncatan untuk berjaya di masa hadapan. Tahun depan Izzati terpaksa menghadapi Pembunuh Misteri Rakyat! Kedengaran agak seram bukan? Merapu sahaja! Tahun depan Izzati terpaksa menghadapi PMR. Takut, gentar semua bercampur baur seperti air lai ci kang kegemaran Izzati! Hoho. Izzati takutkan subjek Bahasa Arab. Ianya agak sukar. Tapi tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha bukan? Baiklah, sampai di sini sahaja Izzati berceloteh.
Assalammualaikum :)
If you was born original, don't die as copy.